30 June 2009

kenangan..=)




kalu ingat2kan balik seronok ba program mcm nie.
mcm tak mau balik.
tak sabar nak tunggu program pertukaran budaya edisi 2 kt Sabah.
aku nk buat lagi happening.
tp banyak la kerja aku waaa


xpe2 aku ok jer
bak kata Saiful..
TADI KAN SUDA..

by emi

Satu Pengenalan

PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA - BAKTI BAYU

UiTM SABAH


PENGENALAN PROGRAM BAYU


Program Pertukaran Budaya - Bakti BAYU ini adalah anjuran Jawatankuasa Kesenian pelajar UiTM Sabah dengan kerjasama Unit Kebudayaan Hal Ehwal pelajar UiTM Sabah.


Program Pertukaran Budaya - Bakti BAYU ini merupakan program merentas budaya yang antara lain membawa operasi khidmat masyarakat dan misi akademik UiTM. Di samping memberi pengalaman yang berharga kepada para peserta, Bakti BAYU juga turut memikul tanggungjawab memperkenalkan UiTM kepada masyarakat.


Secara rangkanya, program Pertukaran Budaya – Bakti BAYU ini akan bergerak ke seluruh negara dengan memilih satu negeri destinasi di setiap siri dan bagi siri pertama iaitu BAYU 2009, pihak jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mengadakan program Bakti BAYU 2009 di lokasi yang terpilih di sekitar Negeri Johor.


Program Pertukaran Budaya - Bakti BAYU yang diilhamkan oleh UiTM Sabah ini telah melibatkan 5 kampus UiTM yang lain bagi penganjuran yang pertama kalinya ini. penambahan penglibatan kampus akan dibuat dari semasa ke semasa. Bagi Program Pertukaran Budaya - Bakti BAYU julung kalinya ini, ianya akan melibatkan UiTM Sabah, UiTM Johor, UiTM Melaka, UiTM Kelantan, UiTM Terenganu dan UiTM Perlis.


Edisi pertama ini, UiTM Johor telah menjadi tuan rumah bagi pelaksanaan Program Pertukaran Budaya - Bakti BAYU. Seterusnya UiTM Kampus yang terlibat untuk program ini akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah.


Sesungguhnya program ini telah dilaksanakan dengan begitu cemerlang dan seterusnya boleh dijadikan ikon yang cukup dibanggakan. Kerjasama dan penglibatan seramai 125 pelajar merupakan 1 jumlah pengumpulan pelajar yang cukup besar dengan melibatkan kampus negeri yang berlainan.


Diharapkan kejayaan akan terus dapat dicapai ketika pelaksanaan edidi ke2 di SABAH nanti.



Disediakan Oleh


Adzely

UiTM Sabah