28 July 2009

abg vs ayang .. sape salah agak2nya

memula skali ayang anto kat abang

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak
balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang
mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni
dengan bas..abang jagalah diri abang dan kereta abang
baik-baik.cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini.
kereta baru abang tu mahal..harga mencecah 100k barangkali.
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak
abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang
sayangkan kereta abang lebih dari ayang,nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran
yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran
ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori
abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun
sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun
susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang
make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. kereta
abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada,
ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua
kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang
marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh
abang gelak

Paling menyedihkan..ayang tanya ngape tidur dalam kereta?
abang jawab takut orang curi kereta abang..kalau ayang kena
curi??

Ayang nak balik kampung dulu..anak-anak nak jumpa atuk
dengan nenek depa..tak nak naik kereta abang takut calar..
ayang calar takpe..jagadiri elok-elok, sarapan ayang dah
sediakan.ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan
anak-anak..pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN
KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN
PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR
MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang



ni abang lak bagi....

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang..tapi
ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau
ilang sapa nak ganti..yang abang suruh keja ayang xnak,
ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan
nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12..
macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pkir mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan
nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza
yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun..
mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik
yg jual kat depan ofis abang tu ayang xnak, ayang nak jugak
piza dr jepun..nasib baik abang x belikan kalau x anak
kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi
kan kat dapur..ayang yang tersalah buang ingatkan sampah...
tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah
bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..
hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun
hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali
abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang
wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin..
tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang
mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..
bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per..
wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah
laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu,
ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa
ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm
hatiabang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik
kpg abangizinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat
sana..kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik
skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi
kejar lembu tu...biar jek..nnti abang balik kpg abang kejar
kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat
calar jek silap2 leh masuk hspital.abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2
banjir ni..nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam
lagi piza jepun laklagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..
ayang pun jaga diri baik2..jgn sampai jatuh longkang lagi..
hehe..abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana
ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dahlaa rambut
ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abangketawa...
hahahhahahahahha

n.a.d

24 July 2009

....Pantun Nasihat Buat Semua....

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Syazana Sabah

Pantun budi

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka

Gadis Acheh berhati gundah
Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
Adat dijunjung dipinggir tidak

Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat

Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah

Syazana Sabah

23 July 2009

Lawak Hari ini

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"

lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."

N.a.d

21 July 2009

Tarian tradisional sabah 2

TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN MAGUNATIP

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

syazana sabah

17 July 2009

next round berbalas pantun....

sbg mukadimahnya.....hyti pntun sy ini..

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama adinda seorang...;p


ini pntun yg bru...sila2la cba mnjwp ye.
trutamanya kak suraya kta..;)


Cendawan bulat ditepi paya
Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?


haa...jwb2


u.H Sbh

16 July 2009

Renungan kepada rakan2

Belajar Mencintai Dari Cicak

Ketika sedang membaikpulih sebuah rumah, seseorang mencuba untuk meruntuhkan tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang dibuat dari kayu. Ketika tembok mulai runtuh, dia melihat seekor cicak terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebuah surat.

Dia merasa kasihan sekaligus terfikir. Lalu ketika dia memeriksa surat itu, ternyata surat tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikitpun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada surat itu!

Orang itu lalu menghentikan sebentar pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakan oleh cicak itu hingga dapat bertahan selama 10 tahun. Kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya dan terus memberikan makan kepada cicak yang terperangkap itu. Dari situlah cicak itu dapat bertahan selama ini.

Orang itu merasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia dan kasih sayang yang begitu mengkagumkan.

Tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, kemudahan kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Namun kadangkala kita tidak ada masa bertanya khabar.Tapi seharusnya tak pedulilah sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampunya untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN ABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

n.a.d

14 July 2009

Tarian tradisional Sabah

TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

....Aramai tihhh....

TARIAN LIMBAI


Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

TARIAN ADAI-ADAI

Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.


syazana sabah

...UsaHa TanGga KejAyaaN....




syazana sabah

13 July 2009

Peribahasa Melayu 2

Atas kejayaan seorang rakan yang telah menjawab
dengan tepat.
ini peribahasa yang ke 2 untuk dihuraikan

Minta Tulang Kepada Lintah, Minta Sisik Kepada Keli

n.a.d

Mari Berpantun

haa aku nk menguji kemahiran korang berpantun. Balas pantun aku nie.

Burung berkicau pagi menjelma,
Embun mengalir di daun teratai;
Hati risau tidak bersapa,
Masihkah hadir rindu dirungkai?

u.H Sabah

Satu Anugerah Alam - 2






n.a.d

Satu Anugerah Alam






Hanya utk sekadar berkongsi. Nikmati dan syukuri apa yang telah diberikan kepada kita. Pemandangan dari Kolej Kediaman UiTM Sabah

n.a.d

Only U - Pendamping Halwa Telinga

Listen

N.a.d

Peribahasa Melayu 1

Saya nk menguji pelajar2 dan rakan2 saya mulai hari nie.Sy akan bagi 1 peribahasa dan sekiranya dapat dijawab dengan tepat,ada ganjaran yang akan diberikan. Tp pada orang yang pertama bagi jawapan tepat la. Hanya seorang shj. Kalu xde bagi minggu 2, jd xde sapa2 la yang akan dapat ganjaran.cuba minggu depan la plak. hehehe

Peribahasa akan berubah setiap minggu. bagi minggu ini peribahasanya adalah :-

Lebih baik seekor singa di padang luas daripada seekor ular di dalam rumput.

apa maksudnya

Dh ada yg dapat menjawab :-/

nie jawapannya

Musuh Besar tetapi nyata lebih baik daripada musuh kecil tetapi tersembunyi


n.a.d
Unit Kebudayaan
UiTM Sabah

Sekadar Renungan.

Boring-boring duduk kt ofis
saja je nk karang2 pantun nie
nk asah lagi bakat yg dh lama tenggelam

Rumput hijau tumbuh melata
Hujung padang si padi huma
biarlah sungguh bagai dikata
jangan mainan di bibir cuma

n.a.d

Festival Joget Asli - Feja

Feja dijadualkan akan berlangsung di UiTM Perlis pada 7 - 9 Julai 2009. Namun begitu dukacitanya UiTM Sabah tidak dapat menghantar penyertaan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Harapan bagi festival yang akan datang UiTM Sabah akan dapat menghantar penyertaan.

n.a.d

Eh! Bakat baru lagi





Persembahan tarian

n.a.d

Satu Penghargaan dan kebanggaan


Jawatankuasa pengerak Pesta Pantun UiTM Sabah 2009

n.a.d

Tahniah dan Ucapan Terima Kasih




Ribuan terima kasih atas kehadiran dan tahniah atas kejayaan

n.a.d

Bakat Baru Lagi






Persembahan Orkestra Bambu - Sayang Kinabalu

n.a.d

Bakat baru UiTM Sabah





Persembahan Gamelan - Laras Bayu

n.a.d

Kenangan Mengusik Jiwa




Satu lembaran baru di dalam pengurusan aktiviti pelajar. kejayaan penganjuran pesta pantun ini merupakan perintis pembangunan pelajar.

n.a.d

10 July 2009

Penyeri Kata

Kereta berlumba di tengah bandar,
Saat berundur tergilis ayam;
Bicara hamba membuka lembar,
Tangan dihulur menyambut salam.

Bayu menderu beralih ribut,
Atas bukit air bertakung;
Bertandang tetamu mesti disambut,
Berbahasa bersantun nadi pendukung.

Beluran ke Paitan meredah rimba,
Lebuh raya kini sudah terbukti;
Bersantun bersopan memuji hamba,
Bukan memuji melunas budi

syazana