18 January 2011

Berminat Nak Belajar Sesuatu??

ATTENTION!! ATTENTION TO ALL!!

Terutama kepada semua ahli JKP..
Setiap Selasa dan Rabu akan diadakan bengkel.
Antara bengkel yang akan diadakan ialah;-

~bengkel tarian
~bengkel gamelan
~bengkel teater
~bengkel okestra bambu

dan macam-macam lagi..

Jadi,,apa tunggu lagi..
Jom datang beramai-ramai..
Tiada bayaran yang akan dikenakan..
If diluar bengkel-bengkel ni berbayar tau..

Tempat:
Gym,UiTM Sabah

Masa:
8pm-10pm
*Kepada siswi,bas akan disediakan pada jam 7.30pm

14 January 2011

Sambutan Hangat

Thanks to all student yang sudi
luangkan masa pada Khamis malam yang lalu..
Memang ramai betul yang hadir pada malam tu.

Thanks juga kepada yang telah mendaftar sebagai ahli
baru dalam JKP ini.

Kami dari JKP mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua ahli baru..
Jangan risau kepada yang tidak sempat nak daftar malam tu
atas sebab-sebab tertentu.

Anda masih lagi boleh mendaftar sebagai ahli pada bila-bila masa.
Tapi janganlah hujung-hujung semester pula.
Kan nak exam dah tu..hehe

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor
yang tertera disebelah kanan Laptop/PC anda..


p/s: ahli-ahli lama tu jangan lupa bayar juga yuran ok!hehe

08 January 2011

Welcome Back

Hi semua..Selamat kembali ke kampus..
Masih tidak terlambat JKP untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU buat semua!!hehe
Harap-harap tahun baru membawa 1001 kemanisan
dalam hidup kita semua..

Kepada mahasiswa/mahasiswi UiTM Sabah yang
berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel yang akan
diadakan dalam masa terdekat amatlah kami alu-alukan..
Tapi...(haa..ada tapi tau)
Mestilah mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu..

"Apa yang kami dapat kalau kami jadi ahli?"
Macam kenal saja soalan nie kan..hehe
Soalan yang sering ditanya oleh ahli yang ingin mendaftar..
Jangan risau..Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan
sepanjang semester ini..

Nak tau apa??haaa..boleh rujuk column sebelah kanan..
Cuma akan dikenakan yuran sebanyak RM 5 sahaja untuk satu semester!
Jangan lupa bawa gambar tau..