25 May 2013

Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan ) atau dalam bahasa Kadazan 'Magavau' merupakan upacara perayaan khas unutk menghormati 'Bambazon' iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak berzaman. Perayaan 'Magavau' ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang disambut ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Keraian Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi oleh Tuan Haji Mohamad fuad Stephens, Ketua Menteri yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan tarian sumazau, pertandingan nyanyian dikenali Sugandoi, pertunjukan bina badan dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau". Terdapat juga permainan popular rakyat seperti memukul gong.


  


Antara hidangan popular popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai "Kinomol" iaitu sejenis arak tradisional yang diperbuat samada daripada beras(nasi) atau ubi kayu yang diperap didalam sebuah tempayan besar selama dua hingga tiga minggu. Masyarakat Kadazan-Dusun akan menyedut air tapai ini dengan mengunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" selain itu mereka mengunakan gelas khas yang dinamakan "Singgarung".

More Info -->  http://www.sabah.gov.my/md.bln/Keamataan2.html

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN!!!