30 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA JKP


Assalamu'alaikum dan Salam Ramadhan Kareem..
Seperti yg anda nampak, persatuan kami telah mengadakan satu program yg hanya diadakan setiap dua semester sekali iaitu Majli Berbuka Puasa Bersama JKP.. Program ni memang terbuka kepada semua pelajar UiTM , tapi tumpuan kami untuk melihat setakat mana pengurusan yg baru dibawah orang baru mampu berdiri, walaupun lambat tapi masih mampu (In Shaa Allah..) .. Sepanjang menjayakan program nie, Alhamdulillah ramai yg datang membantu, dari mula penyedian barang keperluan sampailah hari kejadian. memang ada kekurangan tapi itu kami anggap sebagai satu pengajaran dan pengalaman untuk diaplikasikan dalam program yg seterusnya.. Majoriti penyertaan adalah daripada Part 1.. memang sangat menggalakkan, Alhamdulillah, .. In Sha Allah program kami lepas nie akan bertambah baik dan lebih lancar dan semestinya hubungan kekeluargaan kami akan tetap terus utuh.. Aamiiin..

Candid dulu..((((=

 






Terima Kasih kepada semua yg sudi hadir, sangat2 di hargai, In Shaa Allah dilain program kami akan buat yg terbaik untuk anda semua..((=
Sekian Salam Ramadhan Mubarak..

25 May 2013

Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan ) atau dalam bahasa Kadazan 'Magavau' merupakan upacara perayaan khas unutk menghormati 'Bambazon' iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak berzaman. Perayaan 'Magavau' ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang disambut ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Keraian Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi oleh Tuan Haji Mohamad fuad Stephens, Ketua Menteri yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan tarian sumazau, pertandingan nyanyian dikenali Sugandoi, pertunjukan bina badan dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau". Terdapat juga permainan popular rakyat seperti memukul gong.


  


Antara hidangan popular popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai "Kinomol" iaitu sejenis arak tradisional yang diperbuat samada daripada beras(nasi) atau ubi kayu yang diperap didalam sebuah tempayan besar selama dua hingga tiga minggu. Masyarakat Kadazan-Dusun akan menyedut air tapai ini dengan mengunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" selain itu mereka mengunakan gelas khas yang dinamakan "Singgarung".

More Info -->  http://www.sabah.gov.my/md.bln/Keamataan2.html

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN!!!

02 January 2013

HAPPY NEW YEAR ---> 2013


Belum terlambat lagi kami untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua warga UiTM dan Jawatankuasa Kesenian Pelajar, diharapkan tahun ini akan membawa perkara yang lebih baik kepada semua orang. Jangan lupa untuk menetapkan azam anda ..^____^

ada mertua ada menantu
sama-sama pake baju biru
tahun baru di depan pintu
datang bersama harapan baru

di kebun ada pohon waru
di kebun ada pohon lada
mari sambut tahun baru
dengan smangat membara di dada

SELAMAT TAHUN BARU..!!!!!

15 December 2012

WELCOME BAAACCCKKK..!! 2012/2013


Selamat datang kepada semua pelajar yang lama mahupun yang baru (selamatt datang adekk2 kuee~) , diharap tahun ini akan lebih baik daripada yang sebelum2nya, (InsyaAllah..)
Seperti yang anda tahu, setiap semester JKP akan mengadakan aktiviti2 yang pastinya akan  melibatkan ahli secara langsung dan tidak terkecuali kepada pelajar2 yang lain seperti bengkel dan lain2. Selain itu sesiapa yang ingin menjadi ahli JKP secara rasmi bolehlah mendaftar di Pusat Kegiatan Pelajar dengan menyertakan gambar sekali dan yuran setiap semester (x mhal pun 5.00 jee..V). Selain itu juga sesiapa yang telah menjadi ahli JKP, anda secara langsung akan menjadi peserta untuk setiap aktivti yang dijalankan oleh JKP (kenalah rajin datangg~~). Antara aktiviti yang akan dijalankan dan masih dalam proses pelaksanaan : 

  1. Hari Perhimpunan Budaya
  2. Bengkel (Tarian, Gamelan, Teater dll)
  3. Malam Aprisiasi Seni (Malam Penghargaan) dll.

Bagi semua yang lain jika ada cadangan ataupun komen silalah jangan malu2 untuk meluahkannya di ruang komen kami. ^___^ kerana itu pasti akan sangat membantu kami.. 

"SOKONGAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"


26 October 2012

Salam AidilAdha

 
 
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura-pura buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN




04 October 2012

SENARAI NAMA KEUTAMAAN KOLEJ KEBUDAYAAN SESI DISEMBER12/MAC13

KEUTAMAAN KOLEJ UNTUK KEBUDAYAAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT BERIKUT :


  1. PERLU ONLINE PERMOHONAN KOLEJ.
  2. PERLU HADIR AKTIVITI WAJIB KOLEJ.
  3. AKTIF SERTA KOMITED AKTIVITI PERSATUAN DAN SEKURANG-KURANGNYA MEMEGANG SATU JAWATAN DALAM AJK ADHOC PROGRAM ANJURAN PERSATUAN DALAM SATU SEMESTER.
  4. TERLIBAT SEKURANG-KURANGNYA SATU BENGKEL KEBUDAYAAN.
  5. MEMPERBAHARUI KEAHLAIN DI DALAM PERSATUAN SERTA MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN SETIAP SEMESTER.
  6. TERLIBAT SEKURANG-KURANGNYA TUJUH AKTIVITI PERSATUAN SATU SEMESTER.
  7. MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PENASIHAT DAN MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN DALAM AKTIVITI.
  • PENETAPAN DAN KEPATUHAN KEPADA SYARAT-SYARAT DIATAS AKAN DIANGGAP SEBAGAI AKU JANJI DAN JAMINAN LAYAK BAGI KEUTAMAAN.
  • KEINGAKARAN MENYEBABKAN KELAYAKAN TERSEBUT BOLEH DIGUGURKAN SERTA-MERTA.
  • TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

P/S : SENARAI YANG BERIKUT ADALAH CADANGAN KEPADA UNIT KOLEJ. TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN KOLEJ. SEBARANG PERTANYAAN SILA RUJUK KEPADA PENASIHAT PERSATUAN.





15 September 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


               



1 MALAYSIA 1 BAHTERA

Jalur gemilang, lambang bersatu
Warna cemerlang, merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku, di bawah kibarmu

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia, Satu Bahtera
Berganding bahu, harus berjaya!

15 August 2012

Syawal Menjelang Lagi..


Selamat menyambut lebaran kepada semua pelajar UiTM Sabah, tidak kira dimana anda berada. Maaf zahir dan batin, andai ada tersalah ungkap kata-kata dan mengguris hati, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua. >_<
"Jangan lupa tau balik ke UiTM kat sini..exam da nak dekat,"
"BETUL, BETUL, BETUL.."

18 May 2011

Dub Dab Dub Dab

Masih tidak terlewat mengucapkan
Selamat Bercuti kepada semua!!hehe

Semua sedia maklum bahawa kuliah kita
akan bermula pada 6hb Julai dan
keputusan peperiksaan akhir akan diumumkan
pada 25hb Mei..

dub dAb Dub DAB
mesti semua berdebar kan??haha
memanglah kan..Tanya soalan cepu emas pula..
haha
Good Luck semua..
Hope you guys dapat result yang melatoOOpp!

18 January 2011

Berminat Nak Belajar Sesuatu??

ATTENTION!! ATTENTION TO ALL!!

Terutama kepada semua ahli JKP..
Setiap Selasa dan Rabu akan diadakan bengkel.
Antara bengkel yang akan diadakan ialah;-

~bengkel tarian
~bengkel gamelan
~bengkel teater
~bengkel okestra bambu

dan macam-macam lagi..

Jadi,,apa tunggu lagi..
Jom datang beramai-ramai..
Tiada bayaran yang akan dikenakan..
If diluar bengkel-bengkel ni berbayar tau..

Tempat:
Gym,UiTM Sabah

Masa:
8pm-10pm
*Kepada siswi,bas akan disediakan pada jam 7.30pm

14 January 2011

Sambutan Hangat

Thanks to all student yang sudi
luangkan masa pada Khamis malam yang lalu..
Memang ramai betul yang hadir pada malam tu.

Thanks juga kepada yang telah mendaftar sebagai ahli
baru dalam JKP ini.

Kami dari JKP mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua ahli baru..
Jangan risau kepada yang tidak sempat nak daftar malam tu
atas sebab-sebab tertentu.

Anda masih lagi boleh mendaftar sebagai ahli pada bila-bila masa.
Tapi janganlah hujung-hujung semester pula.
Kan nak exam dah tu..hehe

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor
yang tertera disebelah kanan Laptop/PC anda..


p/s: ahli-ahli lama tu jangan lupa bayar juga yuran ok!hehe

08 January 2011

Welcome Back

Hi semua..Selamat kembali ke kampus..
Masih tidak terlambat JKP untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU buat semua!!hehe
Harap-harap tahun baru membawa 1001 kemanisan
dalam hidup kita semua..

Kepada mahasiswa/mahasiswi UiTM Sabah yang
berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel yang akan
diadakan dalam masa terdekat amatlah kami alu-alukan..
Tapi...(haa..ada tapi tau)
Mestilah mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu..

"Apa yang kami dapat kalau kami jadi ahli?"
Macam kenal saja soalan nie kan..hehe
Soalan yang sering ditanya oleh ahli yang ingin mendaftar..
Jangan risau..Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan
sepanjang semester ini..

Nak tau apa??haaa..boleh rujuk column sebelah kanan..
Cuma akan dikenakan yuran sebanyak RM 5 sahaja untuk satu semester!
Jangan lupa bawa gambar tau..


12 August 2010

Selamat Berpuasa!

Selamat Berpuasa buat seluruh
umat Islam terutama warga UiTM..
Jangan tak puasa penuh tau..
Terutama khas kepada lelaki-lelaki diluar sana..
hehe

JKP berharap agar semuanya berjalan dengan lancar
sepanjang bulan Ramadhan ini..

INGAT!!

Sentiasa SETTING niat,
UPGRADE iman,
DOWNLOAD sabar,
UPLOAD usaha,
DELETE dosa,
UPDATE doa dan
TOP UP ilmu
supaya dapat
REDEEM pahala banyak-banyak.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK


02 August 2010

PROGRAM INTERGRASI NASIONAL PERTUKARAN BUDAYA 1 MALAYSIA UiTM

EDISI 1

Hai semua!Minta maaf sangat-sangat sebab lambat nak update blog
ni atas sebab-sebab yang memang tak dapat dielakkan.
Walaupun program ni sudah 2 bulan berlalu tapi ingatan tu
masih segar di ingatan..Cewah..Ayat jiwang sikit..hahaha

Anyway,bagi yang belum tahu apa-apa tentang program ni,
bolehlah hubungi terus email atau nombor telefon dekat
sebelah kanan ini.Manalah tahu tiba-tiba nak join program ni kan??

Amboii..Banyak pula celoteh..
Okay,,biar kita mulakan dengan hari
sebelum program ini bermula.Haa..

Bukan senang nak jalankan program
sebesar ini tau??Pelajar-pelajar Jawatankuasa Kesenian Pelajar
bersama-sama ahli yang telah dilantik menjadi 'urusetia' datang awal
seminggu sebelum program ini bermula.Ada juga yang terkena 'home sick'.
hehehe

Macam-macam gelagat and pengalaman yang diperolehi sepanjang perkampungan
kami di sini(UiTM Sabah).Kami juga turut dibantu oleh pelajar-pelajar
dari UiTM Sarawak untuk bersama-sama menjadi urusetia.Mereka tiba di
UiTM Sabah pun awal sebelum program ni bermula.

Mari kita sama-sama tengok gelagat-galagat "urusetia" ni.hehe
Gambar bawah ni time gotong-royong mencantikkan bilik gerakan.



eh..eh..jaga jatuh..



Dalam sibuk-sibuk buat pelbagai persiapan,
sempat juga kitaorang tengok movie..hehe



Haaa yang dibawah ni AJK Makanan dan Minuman..
Bukan senang tau mau pikir menu makan minum untuk peserta yang ramai.



Wahh..Manyak kunci oo..


Ni AJK Pendaftaran dan Penempatan.
Dorang ni kena buat pembahagian bilik dan
kadang-kadang kesian dekat dorang terpaksa tidur lambat untuk
pendaftaran peserta yang datang tengah malam.And then bangun awal
untuk pendaftaran peserta yang datang awal pagi..Penatkan??












Yang gambar dibawah ni time potong buluh untuk
sukan rakyat..huhu penat dan sangat menyeronokan tau..
Urusetia Sabah and Sarawak bergabung..hehe








Okay..Edisi lepas ni akan dipenuhi dengan
gambar-gambar semasa petukaran budaya.
Harap bersabar k..papai

09 May 2010

Wahh....tak lama lagi dh PROGRAM INTEGRASI NASIONAL 1 MALAYSIA UiTM.. Kepada peserta2 UiTM Sabah...sila dftrkan diri korang mengikut ketetapan yg berikut:

HARI: Jumaat 14 Mei 2010
WAKTU: 08.00AM-04.00PM (Be PUNCTUAL)
TEMPAT: Cluster A.

Tak sabar rasanya nk tunngu 21hb ni..jumpa kawan2 baru. Pastu kasi Vogue program ni. hehe. Mesti best. Teringat Program ni masa first2 diadakan di UiTM Segamat last year. Best gilerr. Dpt family angkat kat Kg. Kemelah pun best. Plak tu musim Durian..wow! Melantak durian la keje. This year plak kat Sabah. Ada 3 kampung yg berlainan daerah yg dijadikan lokasi utk Program OPKIM ni nnt. Keningau, Tuaran & Papar. Kenapa 3 kampung?? Lagi best apa. hehe. Nnt bila smua dh berkumpul balik..mesti byk story. Lagi satu bayangknlah..230++ org terlibat. Klau dimasukkan ke dlm 1 kampung je..padat gilerr. Boleh wat kampung baru. hehehe.

Neway, yg pasti.. kitorg memang x sabar nk tunggu detik2 Program ni dijalankan. Kami lagi selaku Tuan Rumah..mesti la nk kan program ni berjalan ngan selancar-lancarnya kn? Nak2 program Perdana camni. Mudah2an semuanya berjalan dgn sebaik2nya, selancar2nya...dan sebest2nya. Aminn.....

Utk recall balik pada peserta2 Program Pertukaran Budaya yg lepas...lihatlah keBESTan kita sewaktu siri yg pertama dulu di Johor.



11 February 2010




Sabtu, 6 Februari 2010: Ahli-ahli Jawatankuasa Kesenian Pelajar UiTM Sabah mengadakan "HARI KELUARGA BUDAYA" yg bertempat d pantai Tg.Aru. Bermula dgn aktiviti 'pemasangan khemah'..

Pastu, apa lagi? Game la. 1st game: Pijak Belon. Kumpulan Aspadudan menang. Maka bersambung-sambun la game seterusnya. Antaranya, 'Cina Buta', 'Kaki 3', '3 Bata', 'Makan Epal Tergantung', & 'Sambut Belon Berair'.

28 January 2010

Hari Keluarga untuk JSP

Pada 06/02/2010 jsp sabah akan mengadakan 1 program hari keluarga.
Program ini diadakan bertujuan menghargai sumbangan & merapatkan
lagi keabkrapan dikalangan ahli jsp...program ini akan berlansung
cuma selama 1 hari di pantai papar,kk..dijangka melibatkan seramai
60 orang ahli jsp..


u.H Sabah

Koleksi 1111 Mutiara Kata

JSP bercadang menghasilkan sebuah buku koleksi 1111 mutiara kata tahun ini...sesiapa yang berminat untuk memberikan idea dan menghantar karya sendiri untuk dimuatkan ke dalam buku koleksi ini, bolehla menghantar karya-karya anda ke email JSP.....jsp_sabah@yahoo.com


u.H Sabah

17 January 2010

Semester Baru Bermula

Dengan bermulanya semester baru ni..jawatankuasa tertinggi
telah dirombak semula & diisi dengan muka-muka yang baru..
diharap dengan perlantikan baru ini jawatankuasa kesenian pelajar
akan lebih mantap dalam menjalankan program & menganjurkan program2 yang baru...

all the best JKP..

u.H Sabah