02 January 2013

HAPPY NEW YEAR ---> 2013


Belum terlambat lagi kami untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua warga UiTM dan Jawatankuasa Kesenian Pelajar, diharapkan tahun ini akan membawa perkara yang lebih baik kepada semua orang. Jangan lupa untuk menetapkan azam anda ..^____^

ada mertua ada menantu
sama-sama pake baju biru
tahun baru di depan pintu
datang bersama harapan baru

di kebun ada pohon waru
di kebun ada pohon lada
mari sambut tahun baru
dengan smangat membara di dada

SELAMAT TAHUN BARU..!!!!!

15 December 2012

WELCOME BAAACCCKKK..!! 2012/2013


Selamat datang kepada semua pelajar yang lama mahupun yang baru (selamatt datang adekk2 kuee~) , diharap tahun ini akan lebih baik daripada yang sebelum2nya, (InsyaAllah..)
Seperti yang anda tahu, setiap semester JKP akan mengadakan aktiviti2 yang pastinya akan  melibatkan ahli secara langsung dan tidak terkecuali kepada pelajar2 yang lain seperti bengkel dan lain2. Selain itu sesiapa yang ingin menjadi ahli JKP secara rasmi bolehlah mendaftar di Pusat Kegiatan Pelajar dengan menyertakan gambar sekali dan yuran setiap semester (x mhal pun 5.00 jee..V). Selain itu juga sesiapa yang telah menjadi ahli JKP, anda secara langsung akan menjadi peserta untuk setiap aktivti yang dijalankan oleh JKP (kenalah rajin datangg~~). Antara aktiviti yang akan dijalankan dan masih dalam proses pelaksanaan : 

  1. Hari Perhimpunan Budaya
  2. Bengkel (Tarian, Gamelan, Teater dll)
  3. Malam Aprisiasi Seni (Malam Penghargaan) dll.

Bagi semua yang lain jika ada cadangan ataupun komen silalah jangan malu2 untuk meluahkannya di ruang komen kami. ^___^ kerana itu pasti akan sangat membantu kami.. 

"SOKONGAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"


26 October 2012

Salam AidilAdha

 
 
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura-pura buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN