26 October 2012

Salam AidilAdha

 
 
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura-pura buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN




04 October 2012

SENARAI NAMA KEUTAMAAN KOLEJ KEBUDAYAAN SESI DISEMBER12/MAC13

KEUTAMAAN KOLEJ UNTUK KEBUDAYAAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT BERIKUT :


  1. PERLU ONLINE PERMOHONAN KOLEJ.
  2. PERLU HADIR AKTIVITI WAJIB KOLEJ.
  3. AKTIF SERTA KOMITED AKTIVITI PERSATUAN DAN SEKURANG-KURANGNYA MEMEGANG SATU JAWATAN DALAM AJK ADHOC PROGRAM ANJURAN PERSATUAN DALAM SATU SEMESTER.
  4. TERLIBAT SEKURANG-KURANGNYA SATU BENGKEL KEBUDAYAAN.
  5. MEMPERBAHARUI KEAHLAIN DI DALAM PERSATUAN SERTA MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN SETIAP SEMESTER.
  6. TERLIBAT SEKURANG-KURANGNYA TUJUH AKTIVITI PERSATUAN SATU SEMESTER.
  7. MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PENASIHAT DAN MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN DALAM AKTIVITI.
  • PENETAPAN DAN KEPATUHAN KEPADA SYARAT-SYARAT DIATAS AKAN DIANGGAP SEBAGAI AKU JANJI DAN JAMINAN LAYAK BAGI KEUTAMAAN.
  • KEINGAKARAN MENYEBABKAN KELAYAKAN TERSEBUT BOLEH DIGUGURKAN SERTA-MERTA.
  • TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

P/S : SENARAI YANG BERIKUT ADALAH CADANGAN KEPADA UNIT KOLEJ. TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN KOLEJ. SEBARANG PERTANYAAN SILA RUJUK KEPADA PENASIHAT PERSATUAN.





15 September 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


               



1 MALAYSIA 1 BAHTERA

Jalur gemilang, lambang bersatu
Warna cemerlang, merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku, di bawah kibarmu

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia, Satu Bahtera
Berganding bahu, harus berjaya!