30 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA JKP


Assalamu'alaikum dan Salam Ramadhan Kareem..
Seperti yg anda nampak, persatuan kami telah mengadakan satu program yg hanya diadakan setiap dua semester sekali iaitu Majli Berbuka Puasa Bersama JKP.. Program ni memang terbuka kepada semua pelajar UiTM , tapi tumpuan kami untuk melihat setakat mana pengurusan yg baru dibawah orang baru mampu berdiri, walaupun lambat tapi masih mampu (In Shaa Allah..) .. Sepanjang menjayakan program nie, Alhamdulillah ramai yg datang membantu, dari mula penyedian barang keperluan sampailah hari kejadian. memang ada kekurangan tapi itu kami anggap sebagai satu pengajaran dan pengalaman untuk diaplikasikan dalam program yg seterusnya.. Majoriti penyertaan adalah daripada Part 1.. memang sangat menggalakkan, Alhamdulillah, .. In Sha Allah program kami lepas nie akan bertambah baik dan lebih lancar dan semestinya hubungan kekeluargaan kami akan tetap terus utuh.. Aamiiin..

Candid dulu..((((=

 






Terima Kasih kepada semua yg sudi hadir, sangat2 di hargai, In Shaa Allah dilain program kami akan buat yg terbaik untuk anda semua..((=
Sekian Salam Ramadhan Mubarak..

25 May 2013

Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan ) atau dalam bahasa Kadazan 'Magavau' merupakan upacara perayaan khas unutk menghormati 'Bambazon' iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak berzaman. Perayaan 'Magavau' ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang disambut ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Keraian Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi oleh Tuan Haji Mohamad fuad Stephens, Ketua Menteri yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan tarian sumazau, pertandingan nyanyian dikenali Sugandoi, pertunjukan bina badan dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau". Terdapat juga permainan popular rakyat seperti memukul gong.


  


Antara hidangan popular popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai "Kinomol" iaitu sejenis arak tradisional yang diperbuat samada daripada beras(nasi) atau ubi kayu yang diperap didalam sebuah tempayan besar selama dua hingga tiga minggu. Masyarakat Kadazan-Dusun akan menyedut air tapai ini dengan mengunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" selain itu mereka mengunakan gelas khas yang dinamakan "Singgarung".

More Info -->  http://www.sabah.gov.my/md.bln/Keamataan2.html

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN!!!

02 January 2013

HAPPY NEW YEAR ---> 2013


Belum terlambat lagi kami untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua warga UiTM dan Jawatankuasa Kesenian Pelajar, diharapkan tahun ini akan membawa perkara yang lebih baik kepada semua orang. Jangan lupa untuk menetapkan azam anda ..^____^

ada mertua ada menantu
sama-sama pake baju biru
tahun baru di depan pintu
datang bersama harapan baru

di kebun ada pohon waru
di kebun ada pohon lada
mari sambut tahun baru
dengan smangat membara di dada

SELAMAT TAHUN BARU..!!!!!